Daripada sudut pandangan Shahrain Remeli (Master Hipnotis), pengasas dan pengelola kepada Konsep / Kaedah ‘Master R.E.Y';
Hipnosis itu ‘keadaan’. Bukan ‘benda-benda’. Bukan ‘mantra-mantra’. Bukan pula ‘perbuatan’.
Hipnosis adalah ‘keadaan’ yang membuatkan bawah sedar boleh diprogramkan. Kerana saat itu, bawah sedar sangat cenderung menerima saranan. Apa saja keadaan bila mana sebuah fikiran, idea atau maklumat diterima dengan baik, itu adalah Hipnosis.
Keadaan hipnosis adalah semulajadi. Banyak fenomena waktu berlakunya hipnosis.
Antaranya;
– Sebelum tidur (mamai)
– Ketika bangun tidur (badan malas bergerak. Kadang terasa kaku sebentar)
– Ketika seronok fokus pada sesuatu.
– Ketika memandu (mengantuk / idea datang mencurah)
– Menonton hingga menangis, ketawa, sedih, takut dan lainnya lagi.
– Ketika takut atau malu (apa saja saranan atau nasihat waktu itu pasti menjadi nilai kekal dan ingatan)
Ini pula antara kesan dari keadaan hipnosis semulajadi setiap hari kita;
– Dipengaruhi
– Terpengaruh
– Mempengaruhi
PengHipnotis memanfaatkan keadaan Hipnosis. Mereka boleh sengajakan sesiapa saja untuk berada pada keadaan Hipnosis.
Hipnotis itu orang yang memanfaatkan ‘hipnosis’ kepada orang lain sama ada untuk tujuan terapi dan untuk memberikan saranan yang lebih efektif.
Hipnoterapi itu terapi yang menggunakan ‘hipnosis’ dan Hipnoterapis adalah juruterapinya.
Apa yang kita lihat selalunya orang yang dihipnotis seakan ‘TIDUR’ dan kemudian melalui sendiri tiap apa yang disarankan ke fikiran bawah sedarnya. (mereka tidak tidur, tapi seakan tidur)
Jika menganggap Hipnosis adalah ‘Pukau’. Itu silap. Anggapan begini terjadi kerana telah terhipnotis oleh media atau sumber yang salah.
Untuk pengetahuan semua. Hipnosis lebih dahsyat daripada ‘Pukau’, ‘Magnet’ atau ‘Tarikan’. Jangan terkejut ya. Dengan belajar Hipnosis, kita tahu dan mampu mematahkan segala bentuk pukauan.
Insya Allah.
CUBA MENOLAK HIPNOSIS? TIDAK MUNGKIN BOLEH.
“Fenomena hipnosis itu bersifat Universal.”
Semua manusia pernah mengalami kondisi hipnosis. Iaitu sebuah kondisi di mana otak kanan lebih aktif serta elemen-elemen fikiran bawah sedar juga lebih aktif.
Antaranya;
Saat kita khusyu’ berdoa, itu kondisi hipnosis.
Saat kita khusyu’ berzikir, itu juga kondisi hipnosis.
Saat kita fokus kepada sesuatu perkara dan mengabaikan hal yang lain, itu juga kondisi hipnosis.
Saat seseorang itu kesurupan semasa di ruqyah, itu juga kondisi hipnosis.
Saat kita khusyu’ mendengar bacaan ruqyah, itu juga kondisi hipnosis.
Itulah sebabnya, walaupun kita tidak pernah belajar hipnosis. Tidak bererti kita tidak boleh dihipnosis dan menghipnotis.
Kerana, kita sering mengalami kondisi hipnosis hampir setiap hari.
Malah, kita juga telah selalu membantu serta mengajar orang lain untuk memasuki kondisi hipnosis. Sebab, hipnosis itu fenomena alamiah. Kita boleh saja menolak istilah hipnosis itu, namun kita tidak boleh menolak fenomena hipnosis.
Kerana, hipnosis adalah sebahagian daripada diri kita dan itulah faktanya.
===
Jika seseorang itu mampu bina pengaruh daripada menulis, ceramah, video atau apa jua kaedah, itu adalah sebahagian daripada hipnosis.
Ketahui secara lebih lanjut keajaiban bawah sedar dan rahsia hipnosis untuk para pemula di sini: ezy.la/belajar-hipnosis
Insya-Allah.
===
Antara info lainnya tentang ‘Apa Itu Hypnosis ?’
Para pakar hipnosis masing-masing memberikan definisi mereka untuk kata hipnosis. Beberapa definisi itu antara lain:
1. Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap saranan meningkat sangat tinggi.
2. Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesedaran, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak.
3. Hipnosis adalah seni menjelajahi alam bawah sedar.
4. Hipnosis adalah keadaan kesedaran yang meningkat.
5. Hipnosis adalah suatu keadaan fikiran yang dihasilkan oleh saranan.
6. Hipnosis adalah keadaan di mana fikiran sedar.
7. Hipnosis adalah pemusatan tumpuan fikiran hanya kepada satu idea atau konsep.
Anda mungkin pernah mengalami pengalaman-pengalaman berikut:
1. Anda sedang asyik menonton filem dan turut menangis apabila pelakon itu menangis.
2. Anda asyik bermain video game hingga terlupa waktu.
3. Anda tidak berasa sakit walaupun kaki anda terluka ketika anda berjalan ataupun asyik dengan sesuatu pekerjaan.
4. Dalam tidur, anda bermimpi dikejar oleh harimau. Apabila anda terjaga, anda merasakan ketakutan dan kepenatan seolah-olah perkara itu benar-benar berlaku.
Kata “hypnosis” pertama kali diperkenalkan oleh James Braid, seorang doktor ternama di England yang hidup antara tahun 1795 – 1860. Sebelum masa Jame Braid, hypnosis dikenal dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari kata “hypnos” yang merupakan nama dewa tidur orang yunani. Namun perlu difahami bahawa keadaan hipnosis tidaklah sama dengan tidur. Orang yang sedang tidur tidak menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya. Sedangkan orang dalam keadaan hipnosis, meskipun tubuhnya beristirehat (seperti tidur), seseorang masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak balas terhadap maklumat yang diterimanya. Hipnosis telah dipelajari secara ilmiah lebih dari 200 tahun.
Beberapa defisini hipnosis :
– Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu
– Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua – dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
– Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.
– Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
– Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.
– Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
– Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.
Semua definisi di atas benar, kerana menandakan salah satu atau beberapa gejala dari keadaan hipnosis. Akan tetapi apa yang diungkapkan diatas belum boleh mencerminkan apa yang paling unik dari hipnosis yang berbeza dari keadaan mental lain. Sebab itu, kami memilih menggunakan definisi hipnosis yang dibuat oleh U.S. Department of Education, Human Services Division, dikatakan bahwa; “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking” atau “Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan”.
Hipnosis Adalah Fenomena Semulajadi dan Normal
Anda mengalami keadaan sama seperti hipnosis minimum 2 kali sehari, iaitu saat Anda akan tertidur dan bangun tidur tapi masih malas untuk bangun. Pada saat itu, seluruh tubuh Anda beristirehat tapi fikiran anda masih bekerja walaupun separuh sedar.
Contoh lain peristiwa hipnosis iaitu ketika Anda membaca novel atau menonton filem yang asyik. Anda merasakan takut, bersemangat, cemas, sedih, menangis, dan ketawa, padahal Anda tahu bahwa yang Anda saksikan hanyalah cerita fiksyen belaka. Apakah Anda terhipnosis oleh cerita yang Anda ikuti? Ya benar, Anda terhipnosis. Apakah anda dikendalikan oleh cerita dalam filem? – Tentu saja tidak. Dan memang seperti itulah hipnosis.
Hipnosis hanya dapat Anda rasakan apabila Anda mengizinkan diri Anda untuk mengalaminya. Seperti ketika Anda membaca novel atau menonton filem, Anda sendiri yang mengizinkan diri Anda untuk terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel.
Hipnosis bukanlah cara menguasai pikiran seseorang. Melainkan seni mengelola fikiran. Seorang pakar hipnosis tidak punya kekuatan ghaib yang boleh mengendalikan fikiran Anda. Jika Anda tidak boleh dipaksa untuk menyaksikan filem, maka Anda juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.
Hipnosis adalah fenomena mental semula jadi. Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk mengalami hipnosis. Anda dapat menolak hipnosis dengan cara mengabaikan semua yang dikatakan hypnotist. Seperti halnya anda boleh menolak untuk terharu oleh cerita yang sedih dalam filem dengan cara memikirkan hal lain ketika menonton filem.
Hipnosis Tidak Selalu Rileksasi
Beberapa orang mengira bahwa keadaan hipnosis tidak lain adalah keadaan fizik yang sangat relaks. Dengan kata lain, hipnosis hanya boleh dicapai dengan rileksasi secara fizikal. Semakin dalam rileksasi, maka semakin dalam tahap kedalaman hipnosis. Pemahaman ini kurang tepat. Memang benar salah satu ciri orang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah tubuhnya dalam keadaan rileks.
Namun, tubuh yang rileks belum tentu menandakan orang dalam keadaan hipnosis. Bahkan dengan teknik yang ada saat ini, kita boleh menghipnosis orang dalam keadaan sedar, tanpa orang tersebut “ditidurkan” lebih dulu. Disamping itu, banyak sekali orang yang takut dihipnosis. Ketakutan ini wajar kerana mereka belum mengenal hipnosis dari sumber yang benar.
Banyak orang beranggapan, bahawa orang yang dihipnosis akan dikuasai fikirannya oleh orang yang menghipnosis. Pendapat tersebut tidak benar, kerana dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap dapat mengawal dirinya. Kami sudah membahas mengenai fahaman yang salah mengenai hipnosis pada artikel tersendiri.
Terma dan Definisi
Banyak orang yang belum memahami istilah hipnosis dengan sebenar. Beberapa terma di bawah ini perlu Anda fahami definisinya.
– Hipnosis / Hypnotism = Boleh diertikan sebagai ilmu untuk menghipnotis. Definisi secara lengkap seperti yang sudah dijelaskan diatas.
– Hipnotis = Orang yang melakukan hipnosis atau “ahli hipnosis”.
– Hipnotis adalah terjemahan dari hypnotize (verb) yang ertinya “melakukan hipnosis”
– Hipnoterapi = Aplikasi hipnosis untuk terapi pengubatan.
– Hipnoterapis = Orang yang ahli menggunakan hipnosis untuk terapi.
– Saranan = Perintah atau saran yang diberikan hipnotis.